SGKVPortal SGKV WebGIS
SGKV Logo
SGKV
Utama/Mengenai Kami

Mengenai Kami

Selangor Greater Klang Valley (SGKV) adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyelaras pentadbiran dan pengurusan antara PBT berstatus bandaraya di Selangor bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, kecekapan pengangkutan awam, dan rejuvenasi kawasan kediaman, komersial, serta perindustrian. Ia bertujuan mewujudkan persekitaran yang mampan, mesra pelbagai golongan, serta menjayakan aspirasi Negeri Bandar Rendah Karbon.

Inisiatif

Pentadbiran

Selangor Lembah Klang Raya (Selangor Greater Klang Valley (SGKV)) merupakan suatu penubuhan sistem pentadbiran dan pengurusan untuk penyelarasan bersama di antara PBT berstatus Bandaraya iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Penubuhan SGKV adalah suatu langkah ke hadapan Kerajaan Negeri untuk menghadapi cabaran keperluan dan kebajikan masyarakat yang meliputi aspek-aspek seperti kualiti perkhidmatan PBT, kecekapan hubungan dan pengangkutan awam, rejuvenasi kawasan kediaman, komersil dan perindustrian, isu tanah pegangan pajakan yang hampir matang, tanah terbiar dan yang terbengkalai. Ianya juga bertujuan mewujudkan persekitaran kehidupan yang mampan, kondusif dan berdaya saing, berdaya huni yang mesra warga emas, orang kelainan upaya, mesra kanak-kanak, serta menjayakan hasrat Negeri atu Bandar Rendah Karbon terulung Malaysia bagi semua lapisan masyarakat umumnya serta untuk generasi akan datang serta mesra pelabur.

Pendigitalan

Melalui pewujudan SGKV ini adalah diharapkan proses transisi daripada penggunaan kenderaan peribadi kepada pengangkutan awam dapat dipercepatkan. Sistem Pentadbiran ini juga akan menjurus kepada suatu usaha ke arah sistem pendigitalan pentadbiran dan pengurusan kerajaan dengan membina Sistem Digital Selangor Lembah Klang Raya bagi membolehkan simulasi seperti pengurusan trafik, bencana, proses pembangunan termasuk reka bentuk bangunan dan kebenaran merancang dilaksanakan. Ianya juga bermatlamat untuk mengoptimumkan sumber kerajaan dan menghapuskan pertindihan bidang kuasa.

Penubuhan SGKV ini adalah berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 1/2024 pada 10 Januari 2024 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 2/2024 pada 17 Januari 2024.

Kata Pengantar & Ucapan Aluan

Kata Pengantar

Dato' Seri Amirudin bin Shari

YAB Dato' Menteri Besar Selangor

Salam Sejahtera, Lembah Klang Raya Selangor (SGKV) merupakan inisiatif baru yang dipersetujui Kerajaan Negeri bagi menggabungkan empat Majlis Bandaraya di Selangor – Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan Klang. Langkah ini bertujuan menyelaraskan, menyeragamkan, serta mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan dalam perancangan dan pembangunan spatial serta ekonomi negeri. Bagi merealisasi...

Ucapan Aluan

Dato' Puasa bin Md Taib

YBhg. Ketua Pejabat SGKV